IN THE PRESS


Back
Google tawar laman web percuma

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.azde@kosmo.com.my


GAMBAR muka hadapan laman web gergasi Internet Google.

KUALA LUMPUR - Gergasi enjin carian dunia, Google Inc. menawarkan pakej rangsangan perniagaan khas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam meluaskan tawaran produk serta perkhidmatan dalam pasaran yang lebih luas.

Menurut Ketua Dalam Talian Asia Tenggara Google, Charif El-Ansari, pakej yang ditawarkan pada harga RM200 itu melibatkan pembinaan laman web syarikat oleh Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) melalui kempen pemasaran dalam talian.

"Pakej ini bertujuan membantu PKS untuk terus mengembangkan perniagaan secara kos efektif.

"Ia juga diharap dapat menghubungkan para peniaga tempatan dengan kira-kira 15 juta pengguna Internet di Malaysia dan lebih satu bilion pengguna Internet di pelbagai bahagian di dunia," katanya pada sidang media pelancaran pakej tersebut di sini semalam.

Tawaran yang berakhir sehingga 31 Januari 2010 itu merupakan kerjasama Google dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), MMU serta UTAR.

Source:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm


Source: Kosmo!, 3 Dec 2009