Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-10 UTAR, Fakulti Industri Kreatif (FCI) UTAR telah menganjurkan Karnival Sukan antara pelajar dan pensyarah dari 5 hingga 14 Jun 2012 bertempat di sekitar Lembah Klang.
Antara sukan yang dipertandingkan dalam karnival tersebut adalah seperti karom, scrabble, dam, gusti lengan, badminton, ping pong, bola keranjang, boling dan futsal.
Seramai 213 peserta mengambil bahagian dalam karnival tersebut yang bertujuan untuk menyemai gaya hidup sihat dikalangan pelajar dan pensyarah serta mengeratkan lagi hubungan di antara mereka.